Day of Civic: Honda Civic Type R accident

Posted on December 28th, 2009 by admin, under Civic.

Maut Tak Sempat Main Paint-Ball

KM 4-2 Lebuhraya Sprint Penchala Link, Kuala Lumpur
27 Dis 2009 11-30 pagi

Kemalangan ini berlaku kira-kira jam 11-30 pagi di km 4-2 Penchala Link, Lebuhraya Sprint selepas terowong Penchala arah Petaling Jaya. Kereta ini dinaiki oleh 4 sahabat dalam perjalanan menuju One-Utama di Bandar Utama, Petaling Jaya untuk bermain paint-ball.

Bagaimanapun, sebaik melepasi terowong Penchala, kereta ini yang dipercayai dipandu laju, hilang kawalan sebelum terbabas ke tengah lebuhraya. Ia kemudian berpusing dan merempuh pula tiang papantanda lebuhraya sebelum tersadai di atas besi pembahagi lebuhraya.

Akibatnya, mangsa, Hon Kok Hin, 29 tahun yang duduk di tempat duduk belakang, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala. Dua lagi rakannya juga cedera parah dan di hantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk rawatan lanjut.

Mayat Hon dikeluarkan anggota bomba dari Balai Taman Tun Dr Ismail. Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat. Salah seorang rakannya yang datang sebaik dimaklumkan mengenai kemalangan ini, memberitahu bahawa Hon telah memeluk agama Islam sebelum ini dan telah berkahwin.

Sumber berita: Ondscene

Leave a Comment

Sickk0 Stats

  • Total Hits: 67749
    Unique Hits: 27028
    Hits Today: 163


Twitter Updates

    Recent Posts

    Meta

    Visitors-In

    Spam Blocked